Magical C Pure dari Angsa Emas Beaute.
Kecantikan bermula dari dalam. Sihat dalaman, cantik luaran. Semakin meningkat usia, kolagen makin berkurangan. Jom tingkatkan kolagen dalam tubuh dengan pengambilan vitamin C setiap hari.
Sukar nak tentukan berapa banyak buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C yang perlu diambil setiap hari? Amalkan aje MAGICAL C PURE. Mengandungi vitamin C dari ekstrak buah berries. 100% vitamin C! Tiada sebarang campuran merbahaya. Mendapat sijil halal serta lulus KKM (NOT 270219/02/169). Berkesan seawal 7 hari. Kelebihannya terbukti dengan banyak testimoni yang berjaya.
TANDA-TANDA KURANG VITAMIN C!
Anda nak sihat? Anda tahu badan anda perlukan Vitamin C? Tapi anda tak ada masa nak beli buah-buahan. Nak beli buah tapi malasnya nak pergi kedai. Buah pun mahal! Beli harini, lusa dah habis. Alasan demi alasan, menyebabkan kita kurang ambil vitamin C. Ketahui tanda-tandanya:
1. Gusi bengkak dan mudah berdarah. Bila tak cukup vitamin C, gusi mudah bengkak, meradang dan berdarah. Vitamin C rendah dikaitkan juga dengan periodontitis, penyakit yang membawa kepada jangkitan gusi dan kerosakan yang boleh sebabkan kehilangan gigi.
2. Rambut gugur, hujung rambut kering dan pecah. Tahap vitamin C yang kurang jadikan akar rambut tak dapat beri faedah sebanyak yang diperlukan. Jadi, rambut kering dengan hujung berpecah. Vitamin C bantu pertumbuhan rambut yang lebih cepat dan bantu tubuh menyerap lebih banyak khasiat. Bila kurang vitamin C akibatnya lambat rambut nak tumbuh dan rambut pun senang gugur.
3. Hidung berdarah. Hidung berdarah juga dikenali sebagai epistaxis, salah satu daripada gejala skurvi, atau keadaan yang menonjolkan kekurangan asid askorbik dalam badan.
4. Kulit kemerahan kering dan kasar. Kulit kering, kasar dan merah adalah kerana tak ada asid askorbik yang cukup dalam sistem tubuh. Tubuh perlukan vitamin C untuk mensintesiskan kolagen kulit, jadi kulit tetap nampak pinkish gitu. Kurang vitamin C membawa kepada perkembangan keadaan kulit yang disebut keratosis pilaris. Akan ada patch kasar atau benjolan kecil yang muncul di paha, punggung, lengan atas dan pipi.
5. Anggota badan mudah lebam. Kerana kapilari lemah tanpa vitamin C, mungkin mengakibatkan lebam segera. Bukan dihisap atau digigit pelesit ok?
6. Parut lambat sembuh. Luka lambat sembuh kerana tak cukup vitamin C yang membantu tisu penghubung mengikat dengan luka. Vitamin C berperanan penting dalam pembaikan tisu dan juga boleh mencegah jangkitan luka.
7. Sendi bengkak. Perkara biasa bagi yang alami arthritis rheumatoid ialah sendi yang membengkak dengan rasa sakit serta radang. Orang yang paras vitamin C rendah berisiko sebanyak tiga kali ganda untuk alami sendi bengkak.
8. Mudah batuk dan selsema. Vitamin C bantu pengeluaran sel darah putih yang menyerang virus dan bakteria juga up antioksidan yang melindungi sel-sel dari jangkitan. Bila badan rendah vitamin C, mudah diserang selsema biasa, sebab badan lemah terhadap virus selsema atau jangkitan tekak.
9. Rasa sentiasa penat dan lemah. Ada kajian berasingan dibuat terhadap pesakit hospital dan pelajar sekolah menengah yang alami kegelisahan, menunjukkan bahawa mood mereka menjadi lebih positif sebanyak 34 peratus selepas mengambil makanan tambahan atau suplemen vitamin C.
KELEBIHAN MAGICAL C PURE
💗 nak atasi masalah kulit dengan pantas tapi selamat?
💗 kulit muka berminyak, berjerawat, kusam dan gelap, kedut sana sini?
💗 dah cuba macam-macam jenis suplemen tapi satu pun tak ada yang memberikan hasil?
💗 dah cuba yang mahal, berkesan tapi tak mampu nak sambung beli tiap-tiap bulan?
Okay, inilah masanya MAGICAL C PURE menjadi pilihan anda!
Formula terbaik masa kini yang bukan hanya untuk mencantikkan kulit muka saja, tapi seluruh badan, sihat dalam satu masa dan juga boleh menurunkan berat badan.
Difomulasikan dari ekstrak buah berries, stevia dan vitamin C asli, tiada pewarna dan gula tambahan. Cara ambil mudah saja boleh tuang terus dalam mulut. Tak perlu pegi dapur ambil air ke gelas ke nak bancuh. Just terus kemam saja. Mudahkan? Nikmatilah rasa berries yang memang sedap. Lepas bangun tido la waktu paling terbaik nak kemam. Sebab time tu perut tengah kosong. MCP ni memang berkesan bila diambil masa perut lapar atau makanan belum masuk lagi tauu. Apa yang best sangat dengan suplemen ni sampai dapat kesan dalam 7 hari? Magical C Pure membantu:
💋 mencerahkan keseluruhan kulit muka dan badan
💋 mencantikkan rambut dan kuku
💋 merawat tumit pecah/kering
💋 menjaga kesihatan dalaman
💋 menurunkan berat badan dan stabilkan hormon
💋 memudarkan jeragat dan menutup liang pori
💋 mengecutkan jerawat
BERAPA BANYAK VITAMIN C DIPERLUKAN SETIAP HARI?
Ramai menganggap pengambilan vitamin C ini adalah tidak perlu dan hanya memudaratkan kesihatan. Namun begitu ia adalah tidak benar kerana ia selamat diambil dalam dos yang disyorkan.
Ada banyak pendapat mengenai jumlah sebenar vitamin C yang diperlukan oleh seseorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 1000mg setiap hari. Pengambilan vitamin C dalam dos yang melebihi 2000mg adalah tidak digalakkan kerana badan tidak mampu menyimpan vitamin dalam kuantiti yang banyak sekaligus dan vitamin C mudah terhapus. Pengambilan yang berlebihan juga akan memberi kesan sampingan kepada badan seperti cirit-birit atau sakit perut.
Tahukah anda, kuantiti pengambilan vitamin C setiap individu adalah berbeza. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keperluan ini berbeza pada setiap orang. Antara faktor tersebut adalah berat badan, umur, jantina, gaya hidup, kadar metabolisma, tahap kesihatan, ibu mengandung, perokok, tekanan perasaan/stress dan perubahan emosi.
Kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana ia perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
CARA PENGAMBILAN MAGICAL C PURE
Sekotak Magical C Pure mengandungi 15 sachet
Rasa segar lain macam MCP ni. Sebelum breakfast wajib ambil 1 sachet. Dalam bentuk serbuk. Jadi, koyak dan terus tuang dalam mulut. Aduhai nikmat masam manis dari buah berries. Sungguh sedap. Tak perlu dah nak kena buat injection..cucuk sana, cucuk sini. Tak perlu nak sapu kat mana-mana. Cuma buka mulut dan kemam je. Kemam-kemam dah glowing.. kemam-kemam hilang jerawat. Hanya 100% vitamin C, tiada bahan kimia, bahan terlarang atau pemanis tambahan.
Scrub 2 kali seminggu (jangan tak tahu MCP boleh dijadikan scrub dan face mist). Jimatkan, tak payah nak beli scrub dan face mist lagi. Kesan seawal 1 kotak pertama. Dah la murah, fast result pulak tu. Kesannya akan nampak kulit menjadi semakin lembab dan segala masalah kulit akan beransur pulih.
Anda harus menghentikan beberapa tabiat seperti merokok serta minuman kafein kerana tabiat seperti ini akan menganggu fungsi suplemen vitamin C ini. Bila makan vitamin C dalam dos 1000mg macam MCP ni, sangat penting MINUM AIR PUTIH BANYAK. Nampak tak saya boldkan ayat tu.. Penting okehh.. Sama jugak kalau uols makan apa-apa produk kecantikan lain pon, air tu memang kene teguk jer..Sebab apa-apa produk pon kalau uols makan, kalau kurang air, susah benda tu nak larut dan bercampur dengan darah.. Air tu la yang menolong...dan bila darah kita cantik baru la kulit kita pon cantik..
Bila amalkan sesuatu suplemen kenalah banyakkan minum air putih. Jangan harapkan suplemen saja. Tapi jaga pemakanan anda. Tak caya? Lihat dan bacalah testimoni pengguna yang lain di bawah ni. Saya sendiri makan suplemen ni..sedap ja. Masam-masam manis. Lebih selesa bila bangun pagi tu, kulit toink toink, nampak fresh je pepagi..😍
Ringkasan cara guna MCP:
1. Magical C Pure boleh dikemam terus dan minum air putih atau dibancuh dengan air.
2. Ambil 2 kali sehari, sebelum breakfast dan sebelum tidur.
3. Minum air putih secukupnya, sekurangnya 3 liter sehari/8 gelas.
4. Elakkan minuman berkafein dan berkabonat.
5. Ambil lebih sayur-suyuran dan buah-buahan.
6. Gunakan MCP sebagai masker 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih cepat.
TESTIMONI MAGICAL C PURE
Bandar Baru Nilai, Putra Nilai, Bandar Baru Salak Tinggi, Kota Warisan, Sepang, Enstek, Kota Seriemas, Pajam, Batang Benar, Jenderam, Labu Lanjut, Jijan, Kg. Kondok, Nilai 3, Taman Semarak, Nilai Impian, USIM.